DBKL - Bukan semua parkir boleh digunakan tanpa bayaran

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menjelaskan bahawa bukan semua parkir kereta di bawah seliaannya boleh digunakan tanpa bayaran selepas waktu pejabat.

Dalam satu kenyataan, DBKL memaklumkan terdapat 11 parkir kereta yang telah dilesenkan sebagai joki parkir di sekitar bandar raya ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tapak ini merupakan petak parkir di bawah kawalan DBKL dan dikenakan bayaran parkir. Bayaran dikenakan pada waktu pejabat iaitu hingga 5 petang. Pada masa sama, DBKL telah menyewakan urusan parkir ini kepada syarikat persendirian untuk menguruskan lapan petak letak kereta secara joki yang beroperasi selepas waktu pejabat," menurut kenyataan itu.

DBKL memaklumkan pihak operator joki juga telah diarahkan meletakkan papan tanda makluman operasi parkir kereta joki di tapak berkenaan dengan segera bagi memastikan orang awam maklum mengenai perkhidmatan itu.

Baru-baru ini tular video menerusi laman TikTok seorang pengguna memaparkan terdapat kesan calar pada bahagian pintu keretanya dipercayai dilakukan ulat parkir kerana enggan membayar parkir sebanyak RM15.

Dalam pada itu, DBKL memaklumkan pihaknya mengambil serius mengenai sindiket ulat parkir di sekitar ibu negara dan sejak tahun lepas sehingga kini, sebanyak 75 ulat parkir telah diambil tindakan di bawah Seksyen 50(3) dan Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pasukan DBKL akan melakukan pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih kerap di kawasan tumpuan ulat parkir iaitu di Bukit Bintang, Jalan Beremi dan Jalan Walter Granier bagi membanteras ulat parkir.

"DBKL juga ingin menasihatkan orang awam supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian terutama di kawasan pusat bandar bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas serta membantu usaha DBKL mengurangkan pelepasan karbon," menurut  kenyataan itu.

 

Bernama  

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program KL Pagi Bebas Kenderaan yang diadakan di Dataran DBKL, menyaksikan kehadiran seramai 2,000…
Berita Domestik
Menurutnya, operasi dijalankan sekitar Jalan Tun Sambathan, Jalan Sri Hartamas, Jalan Beremi, Jalan…
Berita Domestik
"Tindakan ini diambil setelah mendapati terdapat premis di kawasan tersebut meletakkan pelbagai…