smart #3 muncul di program KL Pagi Bebas Kenderaan

oleh Firdaus Razani|
Baru-baru ini smart Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Program KL Pagi Bebas Kenderaan bekerjasama meningkatkan kelestarian mobiliti bandar sambil meraikan Hari Bumi Sedunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program KL Pagi Bebas Kenderaan yang diadakan di Dataran DBKL, menyaksikan kehadiran seramai 2,000 peserta menyertai larian pagi di sepanjang laluan tertutup sejauh 7km.

Di tengah-tengah suasana penglibatan komuniti yang penuh semangat, smart Malaysia dengan bangganya berdiri sebagai penyokong utama inisiatif ini dengan mempamerkan kenderaan smart #1 dan #3.

 

smart

 

Kerjasama ini membuktikan komitmen smart dalam mempromosikan kehidupan bandar lestari.

Sebagai jenama kereta EV pertama yang menyokong inisiatif ini, smart Malaysia menjadi peneraju dalam menyediakan penyelesaian inovatif dengan menggalakkan cara hidup bandar yang lestari.

Inisiatif ini tidak hanya memberi manfaat kepada penduduk tempatan tetapi juga sejajar dengan cita rasa warga asing atau pelancong yang mencari pilihan perjalanan yang mesra alam.

 

smart

 

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah tetamu kehormat Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh, Pengarah Kanan Strategi Korporat PROTON Yusri Yusuf, Ketua Pegawai Penjenamaan, Salawati Yusoff, dan Ketua Pegawai Penerangan kedua-dua mewakili smart Malaysia, Sua Chek Hoong.

Selari dengan komitmen ini, smart Malaysia turut menyumbangkan pokok untuk diberikan kepada peserta-peserta larian, sebagai simbol untuk ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

 

smart

 

Langkah ini bukan sahaja menekankan dedikasi smart Malaysia, malah memupuk hubungan yang lebih mendalam antara individu dan alam sekitar, meningkatkan kesejahteraan dan daya hidup secara keseluruhan.

Kejayaan Program KL Pagi Bebas Kenderaan menggariskan usaha kolektif dalam membentuk semula mobility bandar dan menggalakkan amalan lestari.

Melalui inisiatif seperti ini, smart Malaysia memperkasakan lagi individu untuk faedah bersama dan terus mengukuhkan penglibatan dengan rakan kongsi kami dalam pembangunan lestari.

 

smart

 

smart Malaysia kekal teguh dalam misinya untuk membina sebuah bandar hijau yang mampan untuk didiami oleh generasi akan datang.

Tambahan itu, smart Malaysia menampilkan smart #3 dalam corak pelekat pembalut kereta yang menarik perhatian kepada orang awam untuk kali pertama di Malaysia.

smart #3 dijangka akan menetapkan semula pengalaman pemanduan, meningkatkan piawaian prestasi kenderaan elektrik.

Ia turut memberikan isyarat ketibaan kereta tersebut di Malaysia, dengan lebih banyak pengumuman dalam perjalanan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk pasaran Eropah, smart #3 boleh didapati dalam versi motor elektrik tunggal, dengan kuasa 268…
Model Terbaharu
Apa yang diketahui setakat ini, seperti smart #1, #3 juga akan menggunakan platform seni bina…
Berita Global
Sama seperti smart #1, smart #3 merupakan projek kerjama antara Mercedes-Benz dan Geely dengan…