Deepavali: Kerajaan belum bincang beri pengecualian bayaran tol

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerajaan belum membuat sebarang perbincangan untuk memberikan pengecualian bayaran tol sempena Deepavali yang bakal diraikan hujung minggu ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, sebarang pengumuman mengenai perkara tersebut akan dibuat Kementerian Kewangan (MOF).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Kita tahu trend di negara ini apabila ada (sahaja) cuti bercantum dan kalau hari Jumaat atau Isnin ada perayaan, sudah pasti masyarakat akan kembali ke kawasan masing-masing.

“Setakat ini saya nyatakan bahawa belum ada perbincangan lagi (pengecualian bayaran tol sempena Deepavali) dan kalau ada pengumuman MOF akan buat melalui Kementerian Kerja Raya (KKR).

“Maknanya (apabila) kita (KKR) dapat kelulusan daripada MOF barulah kita akan umumkan ada pelepasan tol atau tidak,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang memintanya menyatakan sama ada kerajaan akan memberi sebarang pelepasan tol sempena Deepavali yang akan disambut Sabtu ini.

Abdul Rahman dalam jawapan balasnya juga mengakui bersetuju dengan soalan yang dibangkitkan ahli Parlimen bagi mewakili hasrat kaum India di negara ini.

“Saya menyokong apa yang (Ahli Parlimen) Jelutong nyatakan tapi terpulang (kepada MOF untuk buat keputusan),” katanya.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"LPT ada 4 plaza tol terpaksa pengguna berhenti, sedangkan untuk ringankan beban pengguna…
Berita Global
Pihak berkuasa Metropolitan Transportation Authority (MTA) baru-baru ini telah berjaya menahan 44…
Berita Domestik
Menurut laporan New Straits Times, notis itu telah dikeluarkan Rabu lalu kerana syarikat pembinaan…