Pembinaan tol Genting diarah berhenti

oleh HEZERI SAMSURI|
Majlis Perbandaran Bentong telah mengeluarkan notis arahan berhenti kerja kepada projek pembinaan rumah tol yang dibina di Gohtong Jaya.

Projek itu mula disedari oleh pihak berkuasa selepas viral di media sosial.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan New Straits Times, notis itu telah dikeluarkan Rabu lalu kerana syarikat pembinaan dikatakan tidak memberikan sebarang pelan pembinaan atau surat permohonan izin kepada pihak berkuasa sebelum pembinaan bermula.

Malah jumlah harga tol juga perlu mendapat persetujuan pihak berkuasa tempatan sebelum boleh dikenakan kepada pengguna.

Sumber NST juga memberitahu kerajaan negeri juga tidak diberitahu langsung akan pembinaan tersebut.

Laporan akhbar itu terus menyatakan bahawa walaupun rumah tol dibina di atas tanah persendirian, ia perlu meminta pandangan dari Kementerian Kewangan sebelum tol itu berkuat kuasa.

Berita penuh di New Straits Times.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"LPT ada 4 plaza tol terpaksa pengguna berhenti, sedangkan untuk ringankan beban pengguna…
Berita Global
Pihak berkuasa Metropolitan Transportation Authority (MTA) baru-baru ini telah berjaya menahan 44…
Berita Domestik
“Kita tahu trend di negara ini apabila ada (sahaja) cuti bercantum dan kalau hari Jumaat atau Isnin…