DHL Express umum kenaikan harga 4.9 peratus bermula tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
DHL Express Malaysia akan menaikkan harga purata perkhidmatannya sebanyak 4.9 peratus, berkuat kuasa 1 Jan, 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu kenyataan, ia berkata pelarasan harga tahunan itu mengambil kira inflasi dan kedinamikan mata wang serta kos pentadbiran yang berkaitan dengan peraturan dan langkah-langkah keselamatan.

"Langkah-langkah ini dikemas kini secara berkala oleh pihak berkuasa nasional dan antarabangsa di setiap lebih daripada 220 negara dan wilayah yang mendapat perkhidmatan DHL Express," katanya.

Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei Julian Neo berkata pelarasan harga tahunan ini membolehkan syarikat melabur dalam infrastruktur dan teknologinya untuk memastikan penyelesaian pelanggan yang berdaya tahan, mampan dan terbaik.

"Ini termasuk pesawat dan kenderaan canggih serta pengembangan hab dan gerbang kami untuk meningkatkan kapasiti kerana permintaan untuk pengiriman rentas sempadan perkhidmatan pantas terus meningkat," tambahnya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program Accelerate to Zero (A2Z) yang ditawarkan oleh Shell Fleet Solutions membawakan rangkaian…
Berita Global
Van yang dilengkapi tayar prototaip itu telah memulakan perjalanan pertamanya dari pejabat DHL…
Berita Domestik
Pengumuman ini menandakan DHL Express sebagai syarikat pertama di dalam negara yang membuat…