Di mana anda boleh cari sebuah kereta Koenigsegg?

oleh Mohamad Hanif|
Tidak seperti Lamborghini, Ferrari dan Aston Martin, Koenigsegg merupakan sebuah pengeluar supercar dan hypercar dalam volum yang sangat kecil.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebabkan itu, tidak menghairankan apabila kereta-kereta Koenigsegg ini jarang sekali dilihat atas jalan raya (Malaysia apatah lagi).

Pada tahun 2021, Bloomberg melaporkan syarikat Koenigsegg hanya membina kira-kira 35 unit kenderaan dalam masa setahun.

Jadi, dimanakah anda boleh mencari sebuah Koenigsegg?
 

msp


Dua akaun Instagram bebas, iaitu Ghost Squadron dengan kerjasama Koenigsegg Jesko Registry telah menerbitkan peta dunia yang menunjukkan taburan kehadiran kereta-kereta Koenigsegg.

Memandangkan Koenigsegg lahir di Sweden, tidak mengejutkan apabila negara itu memiliki bilangan jentera Koenigsegg melebihi 10 unit.
 

maps


Amerika Syarikat juga merupakan pasaran terpenting buat jenama itu, dan menurut Ghost Squadron terdapat lebih 10 buah Koenigsegg hanya di California sahaja, tidak termasuk negeri lain di negara Uncle Sam itu.

Terdapat beberapa unit Koenigsegg yang boleh didapati di China, Jepun, Korea Selatan dan Vietnam, malah tidak ketinggalan negara jiran kita Singapura dan Indonesia!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, hanya 40 hingga 50 unit sahaja yang diproduksikan setiap tahun, di mana unit pertama…
Berita Global
Namun, para pembeli yang berminat untuk mendapatkan hypercar Gemera ini boleh memilih opsyen enjin…
Berita Global
Disebabkan sambutan yang cukup memberangsangkan, pengasasnya Christian von Koenigsegg merancang…