Diskaun insurans buat pemandu berhemah - Anthony Loke

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan dijangka memperkenalkan ganjaran diskaun tanpa tuntutan (NCD) insurans kenderaan bagi pengguna jalan raya yang bersih rekod kesalahan trafik pada awal tahun depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, mekanisme mengenai perkara itu telah hampir siap dan butiran lanjut membabitkan usaha itu akan diumumkan pada hujung tahun ini.

"Untuk melaksanakan usaha ini, ia memerlukan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana memerlukan data bagi memastikan tiada orang bersalah dalam tempoh setahun.

"Kalau pengguna jalan raya mempunyai rekod bersih, mereka layak terima diskaun insurans di samping kini menerima NCD sehingga 50 peratus bagi yang tidak mempunyai tuntutan kemalangan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-60 Majlis Keselamatan Jalan Raya Raya Malaysia di sini hari ini.

Menurut Anthony lagi, ganjaran itu bukan sahaja dapat mengurangkan statistik kesalahan trafik tetapi juga dapat membantu mengurangkan kos sara hidup pengguna jalan raya.

Katanya, mereka layak menerima potongan diskaun insurans kenderaan sekiranya bersih daripada rekod kesalahan trafik dalam tempoh setahun.

"Ini juga dapat membantu pemain insurans daripada mengalami kerugian di mana boleh mengurangkan kemalangan akibat wujud yang berlaku ekoran perlanggaran undang-undang jalan raya.

"Ia adalah situasi menang-menang, selain mewujudkan persekitaran jalan raya yang selamat tetapi dapat mendidik pengguna yang berhemah," katanya.

Anthony menambah, selain PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), usaha murni itu juga mendapat kerjasama penuh pemain-pemain insurans di negara ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara…
Berita Global
Di mana akibatnya pemilik di negara itu kini perlu membayar hampir dua kali ganda premium insurans…
Berita Global
Ini ialah kerana bengkel-bengkel persendirian mampu menawarkan kos penyelenggaraan yang jauh lebih…