Di mana akibatnya pemilik di negara itu kini perlu membayar hampir dua kali ganda premium insurans berbanding pemilik kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE ).
Menurut syarikat insurans di sana, tidak banyak yang boleh mereka lakukan di mana premium ditentukan oleh kos dan kekerapan tuntutan.
Mereka mengatakan bahawa tuntutan kerosakan tidak sengaja pada EV adalah 35 peratus lebih mahal daripada pembaikan setanding untuk kenderaan berenjin pembakaran dalaman.
Menurut laporan Bloomberg, premium insurans untuk EV melonjak kepada purata £1,344 (RM8,074) pada akhir 2023 di mana ia disumbang oleh beberapa faktor.
Syarikat insurans memaklumkan beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan itu, termasuk kos pembaikan yang tinggi, kekurangan mekanik terlatih dalam servis EV dan tempoh masa berada di garaj yang dilanjutkan untuk EV.
CEO bagi salah satu syarikat insurans turut berkata, "Anda mempunyai tempoh masa pembaikan yang meningkat, anda mempunyai kos bahagian komponen yang meningkat, dan anda mungkin melihat lebih banyak EV dihapuskan kerana nilai baki sangat rendah pada masa ini."
Sumber: Bloomberg