Diskaun kereta Proton untuk ahli kesatuan Hokkien

oleh Muhammad Md Tajudin|
Malaysiakini pada hari ini melaporkan bahawa ahli kesatuan Persekutuan Hokkien Malaysia layak untuk menerima diskaun kesemua model kenderaan Proton sehingga 10 peratus.

Laporan tersebut dipetik dari akhbar Nanyang Daily yang memaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Otomobil Nasional Berhad (PONSB), Dr. Li Chunrong mengumumkan tawaran tersebut di satu majlis makan malam pada Jumaat lalu.

Malaysiakini turut melaporkan bahawa mereka telah membaca satu surat dari Naib Presiden Jualan dan Pemasaran PONSB, Abdul Rashid Musa kepada persekutuan dan juga kerjasama di antara mereka ibarat perjanjian yang menguntungkan kedua-dua pihak.
Proton Persona

Berikut ialah laporan dikeluarkan Malaysiakini yang turut memetik dari Nanyang Daily:

  • Rakyat Malaysia yang berketurunan Fujian layak menerima diskaun tersebut
  • Tawaran ini adalah sempena kerjasama di antara kedua-dua pihak
  • Tawaran ini diharapkan dapat membuahkan banyak lagi kerjasama pada masa akan datang
  • Tawaran bermula dari 12 Januari hingga 31 Mac 2018
  • Diskaun yang ditawarkan bermula dari lima hingga sepuluh peratus
  • Proton Perdana 2.4 ditawarkan dengan diskaun sebanyak RM 12,911
  • Kesatuan Persatuan Hokkien Malaysia adalah sebuah badan yang memayungi 200 persatuan lain
  • Keturunan dari Fujian adalah bangsa Cina yang terbesar di Malaysia
  • Mereka yang berminat dengan diskaun ini akan melalui tapisan yang ketat
  • Selain kesatuan ini, Proton turut juga menawarkan promosi istimewa kepada klien korporat, persatuan dan juga organisasi media

Selain promosi kepada kesatuan ini, Proton turut menawarkan diskaun istimewa kepada rakyat Malaysia sempena Sambutan Tahun Baharu Cina.

Diskaun yang diberikan bermula dari RM 2,XXX untuk Proton Ertiga hingga RM 13,888 untuk Proton Perdana.

 

Promosi TBC 2018

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mujur jentera yang satu ini tidak mengalami nasib yang sama, walaupun kelibat gambarnya yang…
Informasi
Kali ini, kami kongsikan sejarah bagaimana Proton menjadi pakar di dalam pengendalian kenderaan,…
Hezeri Samsuri
Hans pernah bekerja dengan saya di Cars Bikes and Trucks, New Sunday Times dan beliau adalah…