Diskaun kompaun trafik DBKL pada kadar RM15 bermula 1 Feb sehingga 3 Mac

oleh SALINA JALIL|
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan pemberian diskaun kompaun trafik dengan kadar khas bermula dari 1 Februari ini sehingga 3 Mac hadapan. Ia adalah sempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada setiap 1 Februari.


Kompaun trafik yang dibayar sepanjang tempoh 32 hari tersebut adalah pada kadar RM15 setiap notis dan membabitkan kenderaan jenis motosikal, kereta serta kenderaan berat seperti lori dan bas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Malah menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh DBKL, pemberian tawaran kadar khas ini bertujuan membolehkan pesalah lalu lintas membuat penyelesaian terhadap notis kompaun yang masih belum dijelaskan bagi mengelak tindakan senarai hitam diambil terhadap mereka.

 

Bagaimanapun tawaran diskaun kompaun ini hanya tertakluk kepada kesalahan lalu lintas, tidak termasuk kes yang sudah dibawa ke mahkamah dengan status (U & M) serta kes senarai hitam berstatus (M).

 

Setakat ini, DBKL telah membawa sebanyak 107,547 kes ke mahkamah membabitkan notis kompaun yang masih tidak dijelaskan pesalah lalu lintas. Di mana sehingga 31 Disember 2019, sebanyak 4,914 kes sudah disenaraihitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

 

Bagi tujuan pembayaran atau untuk penyemakan, sila hadir ke semua kaunter bayaran DBKL atau kaunter Pos Malaysia di seluruh negara. Semakan dan bayaran juga boleh dibuat secara atas talian melalui aplikasi Mobis yang boleh dimuat turun menerusi App Store/Play Store atau melalui portal MyEG di www.myeg.com.my

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jumlah keseluruhan saman yang dibayar ketika acara tersebut dan melalui baucar diskaun di portal…
Berita Domestik
Sumber yang dihubungi oleh Careta pula menerangkan bahawa tawaran itu ialah khusus untuk model City…
Berita Domestik
Menurut beliau, tawaran istimewa itu terpakai kepada semua penumpang MYAirline dengan tempahan…