Kesemua 21 buah lebuhraya akan mula menawarkan diskaun tol pada 27 Oktober 2019 bersamaan hari Ahad, bermula jam 12.00 pagi sehingga 11.59 malam.
Manakala dua lagi plaza tol akan menawarkan diskaun 10 peratus pada hari dan tempoh yang sama.
Maklumat trafik terkini boleh diperoleh daripada pusat pengurusan trafik TMC Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi talian 24 jam 1800-88-7752 atau akaun Twitter @LLMinfotrafik, atau mana-mana pusat khidmat pelanggan lebuhraya yang terlibat.