Jika dahulunya kita melihat model-model seperti ini digunakan untuk tujuan mengangkat barang, kini modifikasi pick up di Malaysia kini menjadi trend yang meningkat naik dengan hadirnya banyak aksesori dari negara jiran (Thailand) yang sememangnya pakar dalam model-model seperti ini.
Jihad merupakan ushawan sebuah kedai aksesori 4x4 di Kota Bahru, dan berjaya mengubahsuai jentera Isuzu Dmax dari segi kosmetik dan prestasi enjin kepada 498HP yang telah menelan belanja melebihi RM80,000.
Beliau yang sanggup datang dari Kota Bahru menemui jurugambar kami Shah Adam di Putrajaya untuk sesi pengambaran sambil diapit 2 buah Jentera Honda Civic Type R yang merupakan kereta impian Jihad.
Spesifikasi:
Model: Isuzu All New Dmax
Enjin asal : Enjin asal dmax 2.5 (upgrade ke 3.0)
Mod enjin : Turbo F 55v, Intercooler Piping Titanium MS, Twin Authentic Bosch Fuel Pump
Elektronik/Management: ECU Shop Diesel Monster Max
Gearbox: OS Gearbox
Brek: AP Racing
Tayar & Rim: Rim : TE37 18. 9.5/10.5jj Tayar : Yusta
Suspensi: Super J adjustable
Luaran: Komponen gentian Tanutong karbon F1 (bonet), Spoiler Akana dan cermin sisi Crafc Square.
Dalaman: Seat Recaro Evo 7, Monster Gauge, Blower Meter, Defi Meter
Bengkel & Penaja: MS TITANIUM THAILAND, KAY SHOP, IRON BAR, TANUTONG CARBON
Nama pemilik: Mohd Al Syaiddi bin Ab Manaf (Jihad)