Memperkenalkan, Dongfeng Fearless M50, kenderaan militari yang dibangunkan oleh Dongfeng bersama AM General untuk kegunaan askar China, dan kini versi yang dihasilkan untuk kegunaan orang awam telah pun dilancarkan.
Pengaruh Humvee lebih jelas kelihatan di bahagian dalam, di mana konsol tengah yang lebar itu memisahkan antara dua tempat duduk, dan susun atur butang kawalan sistem pendingin hawa dan unit radio 2DIN yang ringkas dan tidak memeningkan.
Fearless M50 ini dikuasakan oleh enjin diesel turbo 4.0 liter yang menghasilkan 197 kuasa kuda dan daya kilas 600 Nm, dipadankan dengan transmisi manual.
Menurut Dongfeng, trak off-road ini mampu meredah air sedalam 1.2 meter, selain mampu beroperasi di kawasan setinggi 4,500 meter atas permukaan laut, dan julat suhu antara -35 hingga 41 darjah Celcius.
Harga jualan di China bermula dari CNY 668,000 (RM432,057) di mana Dongfeng bakal menawarkan beberapa varian Fearless M50 sebelum menggantikannya dengan generasi baharu M20.
Sumber: AutoIndustriya