Dua maut kemalangan melibatkan kereta-lori

oleh Mohamad Hanif|
Dua rakan maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang mereka naiki merempuh bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 86 Jalan Lipis-Merapoh-Gua Musang, di sini, awal pagi ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian jam 4.45 pagi itu menyebabkan penumpang kereta, Mohd Shaiful Abdul Manaf, 42 tahun, dan rakannya, Wan Khairul Anwar Wan Kamarunzaman, 32 tahun, maut di tempat kejadian.

Mereka mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azli Mohd Noor, kejadian berlaku ketika Perodua Viva yang dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Kelantan menuju ke Kuala Lumpur.

"Sampai di tempat kejadian, pemandu kereta itu, Nukman Salleh, 39 tahun, dipercayai terlelap lalu kenderaan itu melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berada di lorong kecemasan.

"Akibat kemalangan ini, dua penumpang kereta berkenaan maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan.Azli berkata, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Akibat pergeseran itu, motosikal yang dinaiki mereka bertiga hilang kawalan dan terbabas,…
Berita Domestik
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur…
Berita Domestik
Dalam kejadian jam 1.38 tengah hari, dua beranak itu dikatakan tersepit di tempat duduk penumpang…