Dalam kejadian jam 1.38 tengah hari, dua beranak itu dikatakan tersepit di tempat duduk penumpang hadapan dan identiti mangsa sedang dikenal pasti.
Mangsa kemalangan yang meninggal dunia ialah Najwa Nursyahira Kamaruzaman, 28, dan anak bongsunya, Felkah Nurnadeera, 3 bulan.
Suami mangsa yang memandu kenderaan itu, Muhammad Fahmy Ali, 30, serta dua anak lelaki, Muhammad Fakhrul Naufal, 8, dan Muhammad Fakhrul Naqil, 5 cedera dan dirawat di Klinik Kesihatan Bandar Penawar.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.38 pagi dan lapan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Azlan Mat Sani bersama jentera fire response vehicle (FRV), Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan fire rescue tender (FRT) Balai Bomba dan Penyelamat Penawar dan Sungai Rengit dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, didapati penumpang hadapan iaitu seorang wanita berusia 27 tahun dan bayinya (usia tiga bulan) tersepit dan dikeluarkan anggota dengan menggunakan peralatan khas.
"Mangsa berjaya dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan. Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Menurutnya, pemandu lori tidak cedera.
Dalam pada itu, tinjauan di media sosial tular dengan ucapan takziah atas pemergian mangsa dikenali Najwa Nursyahirah Salim dan anaknya, Fella.
Difahamkan kemalangan berlaku berhampiran rumahnya dengan keluarga itu sedang dalam perjalanan pulang.
Katanya, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah lori tangki.
SUMBER : BH Online