Kebiasaannya, responder pertama terdiri daripada ambulans, namun di kawasan yang mempunyai aliran trafik yang sentiasa sibuk, ambulans bukanlah pilihan terbaik untuk memberikan bantuan dengan lebih cepat.
Motosikal mungkin merupakan satu pilihan yang ada, seperti mana yang pernah kami laporkan sebelum ini.
Baca: Anak jati Kuantan jadi First Responder!
Lain pula halnya di Dubai, negara di bawah naungan supercar dan serba serbi supercar malah pasukan polis juga turut menggunakan khidmat supercar sebagai kenderaan peronda mereka.
Dubai Corporation for Ambulance Service merupakan badan yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan ambulans telah menggunakan dua buah kereta pantas sebagai responder pertama di negara tersebut.
Misi kedua-dua kereta GT-R dan Chevrolet Corvette ini bukanlah untuk mengangkut pesakit atas sebab kekurangan dimensi yang sangat ketara berbanding ambulans.
Namun, ia lebih bertujuan untuk membenarkan responder pertama sampai terlebih dahulu bagi memberikan bantuan kepada pesakit sebelum ketibaan ambulans.
Menggunakan khidmat kereta yang lebih pantas, masa operasi juga boleh dikurangkan daripada lapan kepada empat minit sahaja, menurut DCAS.
Setiap kereta dipasang dengan kelengkapan CPR, radas menyelamat serta tangki oksigen, dan bakal ditempatkan di kawasan yang tinggi kehadiran pelancong, serta acara sukan berprestij.