Ducati Diavel 2019 - bakal jadi super cruiser paling canggih dunia!

oleh HEZERI SAMSURI|
Ducati nampaknya percaya pasaran untuk Diavel sangat kuat dan meletakan harapan yang amat tinggi untuk model super cruiser itu.

MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Ini dikongsi oleh laman web MCN yang melaporkan model Diavel 1260 S yang akan hadir hujung tahun ini bakal menjadi super-cruiser paling canggih di dalam pasaran.

Diavel baharu itu akan menggunakan enjin XDiavel, iaitu Testastretta DVT-V-twin yang ditala semula untuk menghasilkan lebih dari 150 hp.

Enjin itu akan menjadi komponen penting di dalam kerangka Diavel dan ia akan menggunakan sistem gantungan Ohlins boleh laras.

Selain dari itu, Diavel baharu akan berkongsi komponen brek Brembo Monoblock dari Panigale. Ini penting kerana dari spesifikasi rim belakang yang selebar lapan-inci itu, ia memang akan memuatkan tayar sebesar 240 dari superbike.

Jika konsep XDiavel lebih kepada cruising, Diavel baharu akan lebih menjerumus kepada tunggangan sporti. Kerana itu juga fork hadapan akan lebih menegak (dari 28 kepada 27-darjah).

Kerangka juga baharu 100 peratus dan walaupun Diavel 2019 mempunyai jarak antara roda yang lebih panjang (15 mm lebih panjang, menjadikan jarak itu kepada 1,600 mm), super cruiser ini dikatakan mempunyai tabiat yang lebih agresif.

Bayangkan sebuah motosikal cruiser dengan kuasa maksimum lebih 150 hp. Gambaran di atas ialah hasil dari wawancara MCN dengan Ducati sendiri.

Tak sabar untuk melihatnya!

Berita Berkenaan

Berita Global
  2024 merupakan tahun gemilang buat Ducati dengan kemenangan dalam MotoGP, kejuaraan pengeluar …
Berita Global
  Scrambler Full Throttle Model ini paling sporti dan meriah di dalam siri Scrambler dan…
Pelancaran Motosikal
Jangan berasa pelik melihat model Panigale V4 2025, setiap penggayaan reka bentuk diberi sentuhan…