Ducati Malaysia lancar DesertX liveri RR22, dari RM115,900

oleh Mohamad Hanif|
Segmen ADV di Malaysia dimeriahkan dengan kehadiran beberapa model yang mampu memikat perhatian peminatnya, termasuklah DesertX yang telah dilancarkan pada penghujung tahun yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penawaran Ducati DesertX tersebut telah dikemaskini untuk model tahun 2023 dengan membawakan liveri khas RR22 yang diinspirasikan daripada jentera rali off-road Dakar Audi RS Q e-tron yang telah berjaya meraih empat kemenangan peringkat serta 14 podium.
 

Ducati


Gandingan skema grafik berwarna hitam, kelabu dan merah itu kemudian disudahkan dengan tempat duduk berwarna hitam berserta aksen merah yang menambah sentuhan yang sporti.

Ducati DesertX masih lagi dikuasakan oleh enjin Testastretta V-Twin bersesaran 937 cc yang mampu menghasilkan 110 hp @ 9,250 rpm dan daya kilas 92 Nm @ 6,500 rpm.
 

Ducati


Aspek gantungan terdiri daripada fork hadapan KYB jenis terbalik 46 mm dengan jarak pergerakan 231 mm, sementara suspensi belakang boleh laras sepenuhnya itu mempunyai jarak gerak 221 mm.

Sebagai sebuah jentera moden, DesertX turut dilengkapi dengan ciri elektronik seperti cornering ABS, kawalan cengkaman, kawalan anti-wheelie, kawalan brek enjin, sistem penukaran gear pantas, pilihan mod tunggangan serta mod kuasa.
 

Ducati


Selain daripada liveri RR22, Ducati DesertX juga boleh didapati dengan skema warna asal Star White Silk.

Harga jualan Ducati DesertX 2023 bermula dari RM112,900 sementara DesertX RR22 Matt Saturn Grey pula dijual pada harga RM115,900.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Ia dikuasakan oleh nadi Desmosedici Stradale 1,103 cc yang telah dikemaskini dengan beberapa…
Pelancaran Motosikal
Sebagai info, Ducati Monster 2021 telah pun dilancarkan di peringkat global pada penghujung tahun…
Pelancaran Motosikal
Ia membawakan enjin V4 Granturismo 1,158 cc yang mampu menghamburkan 170 kuasa kuda dan 125 Nm daya…