Ducati Malaysia lancar Diavel V4 (RM178,900), Panigale V4 SP2 (RM299,900) dan Streetfighter V4 (RM141,900)

oleh HEZERI SAMSURI|
Ducati Malaysia telah melancarkan tiga model terkini untuk pasaran tempatan.

Ketiga-tiga model ini hadir dalam beberapa varian dan bakal memenuhi citarasa mereka yang mahukan sebuah motosikal Itali premium.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
ducati diavel V4

Diavel V4

Cruiser sporti pertama Ducati ini datang dengan enjin 1,158cc V4 Granturismo yang menghamburkan 168 hp dan sela amsa servis injap Desmo pada 60,000 km.

Ia juga mampu menghentikan operasi silinder di belakang untuk memberikan sedikit kelegaan efek haba kepada penunggang.

Tangki sebesar 20 liter dan dilengkapi dengan lampu-lampu DRL LED dan LED Matrix untuk lampu belakang.

Walaupun menggunakan enjin V4 empat silinder, ia adalah 13 kg lebih ringan dari mode; Diavel 1260 S dan mempunyai empat mod penunggangan.

Harga untuk Diavel V4 bermula dari RM178,900 untuk varian Ducati Red dan warna Thrilling Black pula ialah pada RM181,900.

 

 

Panigale V4 SP2

Untuk penunggang yang gilakan kelajuan dan sering turun ke litar atau mahu kelihatan seperti seorang juara berduit di atas jalanraya lurus, Panigale V4 SP2 sememangnya jentera idaman.

Ia datang dengan corak "livery" Winter Test yang menampilkan warna hitam legap dan sedikit corak gentian karbon.

Setiap unit model ini juga diberikan nombor edisi yang unik yang diukir secara laser di bahagian kepala stereng.

Enjin 1,103cc Desmosedici Stradale V4 yang dibangunkan dengan teknologi MotoGP itu memberikan sebanyak 215.5 hp pada 13,000 rpm.

 

 

Sistem gantungan hadapan Öhlins NPX25/30 dan penyerap hentakan belakang TTX36 dengan Öhlins Smart EC 2.0 itu dikawal secara elektronik bagi kawalan casis yang paling mantap.

Roda aloi Marchesini Forged Magnesium bukan hanya mempunyai nama yang canggih, tetapi membantu dalam memberikan pengendalian litar yang jitu.

Klac kering STM Evo dan sistem brek dengan Brembo MCS pula memampukan penunggang untuk mengadaptasikan gaya brek menurut cuaca, litar dan cara tunggangan.

Harga Panigale V4 SP2 pula ialah pada RM299,900.

 

 

Streetfighter V4

Motor dalam segmen "naked" ini masih lagi antara yang didambakan, dan kali ini, ia hadir dengan rekabentik yang mengambil inspirasi karektor The Joker.

Konsep motor "nakal" ini perlu nampak lincah dan rasa lincah. Untuk itu, ia sebenarnya adalah sebuah Panigale V4 yang dibuang fairing tetapi mengekalkan ciri-ciri sporti.

Streetfighter V4 mempunyai empat mod enjin khusus untuk pelbagai jenis penunggang.

Rekabentuk pelana tunggal dengan tangki yang lebih ergonomik (saiz turut meningkat ke 16.5 liter) memberikan idea bahawa ia mudah untuk "dikepit" oleh penunggang bagi tunggangan agresif.

Enjin 1,103 Desmosedici menawarkan 208 hp pada 13,000 rpm dan 123 Nm pada 9,500 rpm.

Skrin berwarna TFT sebesar 5-inci pula mempunyai pelbagai rekabentuk paparan, termasuk mod Track Evo yang berguna di litar.

 

 

Ducati Malaysia menawarkan Ducati Corse Credit Financing untuk pinjaman lebih mudah bagi kesemua model-model Ducati dan Scrambler Ducati.

Kadar faedah serendah 4.88 peratus dan bayaran mula dari 10 peratus adalah antara ciri istimewa pakej pembiayaan Ducati.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…
Model Terbaharu
Pengeluar jenama Itali itu telah memperlihatkan model pertama yang dikuasakan nadi silinder tunggal…