Ducati Malaysia tawar lanjutan jaminan tiga bulan

oleh Mohamad Hanif|
Ducati Malaysia menawarkan lanjutan jaminan sehingga tiga bulan bagi mereka yang memiliki kenderaan dengan tempoh jaminan yang berakhir antara Ogos 2021 hingga September 2021.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Lanjutan tersebut diberikan kepada para pemilik yang mungkin berhadapan dengan masalah untuk menghantar motosikal untuk diservis ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari.

Para pemilik Ducati dinasihatkan supaya membuat temujanji dengan pusat servis Ducati yang berdekatan, di mana sebarang masalah yang dikesan akan diperbaiki mengikut perlindungan jaminan.

Sementara pembaikan yang tidak dilindungi oleh waranti, Ducati Malaysia akan menawarkan diskaun sehingga 15 peratus untuk alat ganti.

Selain itu, Ducati Malaysia juga turut menawarkan diskaun khas sehingga 35 peratus untuk aksesori dan pakaian Ducati bagi pelanggan yang membuat temujanji.

Menurut Dennis Michael, Pengurus Besar Ducati Malaysia menjelaskan, "pemilik dan pelanggan kami sentiasa memberikan sokongan penuh kepada jenama Ducati di Malaysia, dan kami merasakan ini adalah satu tanggungjawab untuk menawarkan bantuan kepada mereka agar kita sama-sama dapat mengharungi pandemik yang mencabar ini.

Program lanjutan jaminan ini akan berakhir pada 15 Oktober 2021.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tiga anugerah tersebut ialah:  • “Global Distributor Of The Year 2022”  • “Best Marketing Team 2022…
Berita Domestik
Pelbagai aktiviti yang akan dianjurkan dalam acara ini yang akan dijalankan pada pada 21 hingga 23…
Pelancaran Motosikal
Ia dikuasakan oleh nadi Desmosedici Stradale 1,103 cc yang telah dikemaskini dengan beberapa…