EICMA 2023: Suzuki GSX-8R didedahkan - lebih sporti, 83 HP, 77.2 Nm

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di acara pameran motosikal EICMA 2023 di Milan, Suzuki telah mendedahkan sebuah lagi ahli baharu dalam keluarga GSX menerusi pengenalan Suzuki GSX-8R.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

GSX-8R merupakan versi sportbike bagi GSX-8S yang juga telah didedahkan pada acara EICMA 2022, jadi kedua-duanya berkongsi kebanyakan komponen yang sama.

 

2

 

Dari segi penampilan, GSX-8R tampil lebih garang dengan fairing penuh di bahagian hadapan, bersama penghadang angin dan rekaan lampu hadapan unik yang sama seperti GSX-8S.

Menariknya, walaupun hadir sebagai sebuah sportbike dan fairing penuh, GSX-8R tetap menampilkan konsep enjin terdedah sama seperti versi naked.

 

3

 

GSX-8R turut menggunakan kerangka keluli, subrangka tiub bolt-on serta lengan ayun aluminium seperti GSX-8S, namun dipertingkatkan dengan fork USD jenis SFF-BP dari Showa di bahagian depan, berbanding jenis KYB yang digunakan pada GSX-8S.

Satu lagi perubahan yang dibawakan ialah hendal jenis clip-on untuk disesuaikan dengan kedudukan menunggang sebuah sportbike.

 

4

 

Seperti nadi GSX-8S, GSX-8R turut dikuasakan enjin 776 cc dua silinder selari yang menghasilkan 83 HP dan 77.2 Nm, dimana ia menampilkan sistem Suzuki Cross Balancer System bersama aci engkol 270 darjah.

Ia turut dilengkapi dengan Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S) merangkumi pelbagai jenis bantuan elektronik.

Antara ciri sistem S.I.R.S pada GSX-8R ialah:

  • Suzuki Traction Control System (STCS)
  • Bi-directional Quick Shift System
  • Low RPM Assist
  • Suzuki Easy Start System

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bertempat di EICMA tahun ini, Kymco turut memperlihatkan sebuah model skuter baharu yang sangat…
Berita Global
Yang mencuri tumpuan sudah pasti skuter kembara Kymco CV-L6.   Seperti yang anda lihat, Kymco CV-…
Berita Global
Kawasaki Z7 HEV ini berkongsi nadi hibrid yang sama dengan Ninja 7 HEV, di mana ia membawakan enjin…