Ekzos Milltek Sport untuk Civic Type R FL5, muncung sama saiz!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Milltek Sport - Honda Civic Type R FL5
Milltek Sport - Honda Civic Type R FL5
Di antara komponen yang menonjol tentang Honda Civic Type R FL5 ialah ekzos tiga muncung dan bukan sekadar kosmetik, rekaan tersebut mempunyai sebab teknikal tersendiri.

Sudah namanya model berprestasi, tidak sah jika pengeluar aftermarket hanya membiarkannya begitu sahaja. 

Sebagai contoh, Milltek Sport mempunyai set ekzos untuk Civic Type R FL5 dan di antara yang terawal melancarkannya.

Set ekzos yang ditawarkan begitu popular sehinggakan lebih 70 peratus kumpulan pertama telah pun terjual.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Milltek Sport - Honda Civic Type R FL5

 

Pelanggan boleh memilih set dengan spesifikasi jalanan atau lumba dengan kesemua sistem cat-back mengikut piawaian bunyi hari litar.

Set ekzos Milltek mampu mengurangkan tekanan balik (back pressure) sehingga lebih 20 peratus dan meningkatkan kuasa enjin merentasi julat putaran (rev) dan prestasi turbo.

Rekaan injap ekzos direka semula dan kini mempunyai diameter 15 peratus lebih besar dan pemandu boleh mengawal nota ekzos dan tahap bunyi melalui mod pemanduan.

Setiap ekzos terdiri daripada tujuh komponen utama seperti paip depan fleksibel, penyenyap depan, paip tengah dan paip penyambung belakang.

 

Milltek Sport - Honda Civic Type R FL5

 

Lagi komponen, dua penyenyap belakang, outlet injap 15 peratus lebih besar dan pilihan muncung ekzos.

Ada lima lima pilihan muncung iaitu Polished Stainless, Cerakote Satin Black, Brushed Titanium, Burnt/Blue Titanium dan Carbon Fiber.

Kesemua set dibekalkan pelindung haba (heat shield) baharu yang mengasingkan lantai but daripada pindahan haba dan mempertingkatkan laluan udara di sekitar penyenyap belakang.

 

Milltek Sport - Honda Civic Type R FL5

 

Berbanding muncung tengah standard dengan diameter paling besar, set Milltek mempunyai ukuran sama untuk ketiga-tiga muncung ekzos.

Jika tidak mahu, pembeli boleh dapatkan muncung mengikut rekaan asal. 

Milltek Sport bukan asing dengan jenama Honda dan merupakan penaja perdana (title sponsor) untuk perlumbaan Civic Cup. 

Milltek Sport juga mempunyai sistem ekzos untuk kesemua Civic Type R yang dijual di UK seperti EP3, FN2, FK2 dan FK8.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Milltek Sport - Honda Civic Type R FL5

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Projek ini diterajui Sarjan Owen Messenger dan diubah suai dengan kerjasama sebuah saluran…
Berita Global
  Projek ini berjaya dipercepatkan kerana Milltek bekerjasama dengan syarikat penala Litchfield…
Berita Global
  Biasanya, komponen mesti dalam keadaan standard dari kilang yang turut membangkitkan nostalgia…