Enjin 4.0L V8 turbo berkembar hibrid baharu untuk HPEV Lamborghini

oleh Muhammad Md Tajudin|
Enjin V8 turbo berkembar hibrid Lamborghini 2024
Enjin V8 turbo berkembar hibrid Lamborghini 2024
Sedap bukan gelaran yang digunakan Lamborghini untuk model hibrid?

High Performance Electrified Vehicle atau HPEV yang tanpa berselindung menunjukkan prestasinya.

Selepas Revuelto, Lamborghini bakal memperkenalkan sebuah lagi HPEV menggantikan Huracán dan diberi kod nama 634.

Jika Revuelto menggunakan enjin 6.5 liter V12, model baharu digerakkan enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar.
Enjin V8 turbo berkembar hibrid Lamborghini 2024

 

Lamborghini memaklumkan rekaan enjin pembakaran dalaman (ICE) serba baharu itu datangnya dari Sant’Agata Bolognese, Itali.

Enjin itu dibangunkan bagi memberikan prestasi dan emosi pemanduan melebihi siri Huracán.

Ringkasnya, ICE dipadan bersama sistem hibrid dengan tiga motor elektrik dan kotak gear cekam berkembar lapan kelajuan yang diperkenal pada Revuelto.

Perkakasan tersebut dioptimumkan untuk model baharu dengan output maksimum melebihi 900 ps.

 

Enjin V8 turbo berkembar hibrid Lamborghini 2024

 

Enjin 4.0 liter menghasilkan 800 ps di antara 9,000 sehingga 9,750 rpm dengan ligatan maksimum 10,000 rpm dan angka yang lazimnya untuk enjin perlumbaan.

Daya kilas maksimum 730Nm di antara 4,000 sehingga 7,000 rpm dengan daya pecutan sama seperti enjin perlumbaan hasil penyatuan yang baik di antara elektrik dan ICE.

Melalui angka-angka tersebut boleh dibayangkan 'kegilaan' HPEV baharu ini nanti.

Sistem elektrik belakang dipasang di antara ICE dan kotak gear dan turut dilengkapi penyongsang (inverter) dan unit elektrik paksi (axial).

 

Enjin V8 turbo berkembar hibrid Lamborghini 2024

 

Perkakasan tersebut memiliki daya kilas maksimum 300Nm dan 110 kilowatt (kW) (150 ps) pada 3,500 rpm.

Satu lagi yang diberi perhatian ialah bunyian yang katanya dapat memberikan pengalaman luar biasa buat pemandu.

Julat kuasa dan bunyi sudah cukup memenuhi rasa ingin tahu dan menggiurkan model hibrid baharu ini nanti.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

 Enjin V8 turbo berkembar hibrid Lamborghini

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan LSTA tersebut menggunakan jentera Lamborghini sememangnya khas untuk perlumbaan atas…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, berkata semakan mendapati…
Uncategorized
  Berapa kuasa? 620 ps dam 800Nm. Rendah daripada Urus S dan urus Performante namun tinggi jika…