Enjin Honda Civic Type R kini boleh dibeli berasingan!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Enjin Honda Civic Type R kini boleh dibeli berasingan!
Enjin Honda Civic Type R kini boleh dibeli berasingan!
Dalam dunia perlumbaan, memesan enjin baharu daripada pengeluar adalah perkara biasa. Mungkin jarang kedengaran di negara kita memandangkan stok enjin begitu banyak boleh didapati daripada kedai alat ganti terpakai. 

Di Amerika Syarikat yang merupakan ibu negara segala enjin besar-besar dengan bentangan V, terdapat satu kepelikan iaitu pengguna di sana tidak boleh memesan enjin baharu Type R. Sebenarnya tidak pelik pun memandangkan Honda Civic Type R tidak pernah dijual secara rasmi di AS kecuali model baharu FK8R.

Lainlah Malaysia, sudah dua kali dibawa masuk secara rasmi oleh Honda Malaysia (Terima kasih Honda!).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kali ini, AS berjaya memintas negara kita apabila Honda secara rasmi  telah menawarkan enjin baharu Type R (K20C1) untuk kegunaan perlumbaan. Pengumuman itu dibuat sempena pameran Specialty Equipment Market Association (SEMA) dan boleh dipesan melalui program Honda Racing Line HPD (Honda Performance Development) .

Penawaran itu adalah kali pertama di AS selepas pelumba di Asia dan Eropah menggunakan enjin Civic Type R dalam jentera mereka. Salah satu sebab yang memungkinkan penawaran itu ialah enjin Civic Type R dikilangkan di AS. Honda Civic Type R pula dikilangkan di United Kingdom (UK) dan dieksport ke serata dunia. 

Honda Civic Type R
Honda Civic Type R

 

Enjin Civic Type R 2.0 liter DOHC i-VTEC Turbo menghasilkan 306 hp pada 6,500 rpm dan 400 Nm dari 2,500 rpm hingga 4,500 rpm. Enjin dan Civic Type R adalah manifestasi kepada semangat perlumbaan Honda selain membawa pengalaman dan warisan perlumbaan syarikat yang diasaskan Soichiro Honda itu.

Penawaran enjin Civic Type R pula adalah komitmen jangka masa panjang Honda bagi menyokong perlumbaan akar umbi. Program Honda Racing Line sebenarnya telah lama membekalkan peralatan perlumbaan kepada perlumba Honda sejak dahulu lagi. 

Enjin K20C1 ini ditawarkan kepada pelanggan AS pada harga USD 6,519.87 atau RM 27,601 dan ia tidak termasuk kos penghantaran.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…