Enjin kereta rosak selepas servis selenggara 20,000km?

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Facebook Henrich
Seorang pemuda kecewa apabila kereta yang dibeli pada 2023 rosak pada bahagian enjin selepas melakukan penyelenggaraan bagi jarak 20,000 kilometer (km).

Pemilik kereta berkenaan, Heinrich Tan mendakwa diminta membayar sendiri kos pembaikan kenderaan sebanyak RM13,000 dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan waranti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Hantar kereta untuk servis jarak 20,000km, dalam perjalanan balik nampak ikon suhu berkelip. Buka but ditemui tangki radiator kosong, baru siap servis kenapa kering ni?

“Pusat servis suruh bawa balik, lima mekanik periksa kereta tapi semua kata tak ada masalah. Tambah ‘coolant’ dan balik, kereta masih okay sampai petang.

“Sebelum ke Kuala Lumpur periksa sekali lagi paras ‘coolant’ dalam tangki radiator, kosong pula! Saya mengadu kepada pusat servis kenderaan jenama terbabit dan mereka akan tolong siasat,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Heinrich memaklumkan, keretanya yang berusia satu tahun itu difahamkan tidak boleh membuat tuntutan waranti atas alasan enjin rosak atau ‘overheat’ sejak Julai 2023 berdasarkan laporan dikeluarkan oleh satu pusat servis di Johor Bahru sebelum ini.

“Kelakar betullah. Tiga perkara lucu di sini, kalau enjin sudah rosak enam bulan sebelumnya takkan pomen pusat servis pertama tak dapat cari kerosakan dan hanya tukar radiator yang bocor, kemudian biarkan saya bawa balik kereta?

“Macam mana saya masih boleh bawa kereta lebih kurang 14,000 km dan kenapa pomen dari pusat servis kedua pula tak pernah sebut apa-apa semasa buat servis jarak 10,000km serta 20,000km,” soalnya lagi.

Dalam pada itu, Heinrich berkata, dia bertegas bahawa siasatan dibuat ke atas keretanya amat melulu meskipun telah menggunakan perkhidmatan di kedua-dua pusat servis jenama berkenaan, malah mereka bertindak mahu menutup sahaja kes tersebut.

“Saya letih bertengkar dengan mereka, susah juga nak pinjam kereta orang lain tiap-tiap hari jadi terpaksalah bayar sendiri RM7961.45 (selepas diskaun) untuk baiki kereta.

“Sudah dua bulan lebih akhirnya kereta keluar dari bengkel, amat kecewa dengan servis jenama tersebut kali ini,” ujar Heinrich.

 

Facebook

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam perkembangan terbaharu seperti yang dilaporkan oleh Motor1, pemilik Toyota GR86 itu…