Enjin tradisional masih mempunyai masa hadapan - VW

oleh Mohamad Hanif|
Komitmen Volkswagen Group terhadap misi sifar emisi boleh dilihat menerusi usaha mereka membangunkan teknologi kenderaan elektrik yang diterajui oleh keluarga ID.

Namun, jauh di sudut hati, Volkswagen sebenarnya masih lagi percaya bahawa enjin tradisional (enjin pembakaran dalaman) masih lagi mempunyai masa hadapan yang lebih panjang daripada jangkaan umum.

Antara sebab utama adalah penggunaan bahan api sintetik, jika dibandingkan dengan penggunaan bahan api konvensional.

Penggunaan petrol tanpa plumbum pada masa kini mengandungi sedikit kandungan ethanol yang diekstrak daripada tanaman, namun kajian yang telah dijalankan terhadap e-bahan api (e-fuels) yang memungkinkan tiada sebarang pelepasan emisi atau pencemaran.

Kajian terhadap e-bahan api ini telah pun lama menarik minat di dalam industri automotif, termasuk Volkswagen dan Bentley, namun kajian ini masih lagi jauh untuk dijadikan sebagai satu realiti.

Menurut ketua teknikal Volkswagen Matthias Rabe berkata, kekangan terhadap teknologi elektrik pada masa kini akan turut membantu mempercepatkan pembangunan e-bahan api pada masa akan datang.

"Jika anda melihat kepada industri aviasi, terdapat permintaaan yang sangat tinggi terhadap e-bahan api kerana kapal terbang tidak akan dapat merentasi Atlantik dengan hanya tenaga elektrik semata-mata.

"Kami meletakkan sasaran emisi CO2 ini dengan serius, dan mahu menjadi contoh, akan tetapi ia bukanlah satu alasan untuk menidakkan keupayaan sebenar enjin pembakaran dalaman," ujar beliau lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terkini, konglomerat automotif yang memiliki 14 jenama, Stellantis dilapor akan membelanjakan USD6…
Berita Global
Masuk tahun 2024, pengeluar dengan logo garpu penala itu akhirnya memperlihatkan sebuah model…
Berita Global
Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, AVL Racetech telah pun memperlihatkan konsep enjin…