EPMB umum kerjasama dengan GWM untuk pemasangan dan pembuatan tempatan di Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
EP Manufacturing Berhad (EPMB) hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya, PEPS-JV (Melaka) Sdn Bhd telah menandatangani MoU bersama GWM Malaysia, untuk pemasangan tempatan dan pembuatan di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Melalui kerjasama itu, EPMB dan GWM Malaysia bersedia untuk mendorong kerjasama mereka ke arah perjanjian muktamad dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Ia sekaligus akan memperkuatkan kepercayaan terhadap EPMB dengan peranan penting untuk memasang model-model GWM terpilih secara tempatan.

 

2
GWM Cannon Ultra

 

Ianya termasuk barisan model terkenal GWM di China dari SUV, trak pikap dan juga kereta elektrik (EV) yang bakal merancakkan lagi persaingan di Malaysia.

Kerjasama itu menandakan satu langkah strategik ke arah memajukan kenderaan pemasangan tempatan, sejajar dengan visi kerajaan Malaysia untuk meningkatkan keupayaan automotif dan menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan industri di Malaysia.

 

3

 

Sekiranya kedua-dua pihak mencapai persetujuan, EPMB dijangka untuk memulakan kerjasama tersebut bermula tahun 2024 dan seterusnya.

Pengeluaran kenderaan GWM oleh EPMB dijangkakan akan meningkat secara beransur-ansur setiap tahun, dan disasar untuk mencapai 20,000 unit menjelang tahun 2028.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan pusat 3S ini mencerminkan komitmen GWM untuk meningkatkan keseluruhan pengalaman…
Model Terbaharu
Lebih dikenali dengan nama Ora Grand Cat atau Lightning Cat di sesetengah pasaran, Ora 07 merupakan…
Berita Domestik
GWM ORA 07 telah mendapat perhatian dari segi reka bentuk kereta sport yang diperkemas, serta…