EV pertama Proton bakal muncul tak lama lagi

oleh Mohamad Hanif|
Proton dijangka akan melancarkan model kenderaan elektrik pertama (EV) mereka dalam masa terdekat.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan Tahun Baharu Cina bersama para pengamal media, semalam.

Buat masa ini, Proton tidak mendedahkan perincian EV pertama yang bakal dilancarkan kelak, sama ada ia menggunakan asas daripada model sedia ada atau menggunakan mana-mana model EV di bawah jenama Geely (Zeekr, Geometry, atau Radar).

EV kedua Proton pula akan muncul dalam tempoh beberapa bulan selepas model EV pertama dilancarkan.
 

proton


Selain itu, Proton juga memaklumkan pihaknya akan membuka pusat R&D (Penyelidikan & Pembangunan) yang terletak di Hangzhou, China.

Pusat R&D itu akan bertanggungjawab dalam menghasilkan rekaan model generasi baharu Iriz, Persona dan juga Saga.

Dr. Li Chunrong juga mengesahkan Proton akan melancarkan kenderaan tenaga baharu (NEV) – besar kemungkinan kereta hibrid – menggunakan asas daripada model Iriz, Persona dan Saga generasi baharu.

Untuk makluman, Proton kini mempunyai sebuah model kenderaan hibrid ringan dalam bentuk SUV X90, dikuasakan oleh enjin tiga silinder 1.5 liter turbo yang dipadankan dengan sistem BSG 48 voltan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegangan pasaran PROTON bagi bulan Jun dianggarkan berada pada 20.7%, peningkatan sebanyak 1.1%…
Berita Domestik
Sebagai tindak balas, Proton sedang berusaha menghalang UCM Automotive daripada memfailkan petisyen…
Berita Domestik
Langkah ini merupakan sebahagian daripada pelan penyetempatan komponen berteknologi tinggi bagi…