EV Volvo boleh guna Supercharger Tesla di AS, Kanada dan Mexico

oleh Muhammad Md Tajudin|
VOLVO EX30
VOLVO EX30
Kenderaan elektrik (EV) yang ditawarkan di pasaran tempatan sekarang ini dibawa dari Korea Selatan, Eropah, China dan Jepun.

Tahukah anda? Walaupun sama-sama EV tidak semestinya model tersebut menggunakan port pengecasan sama. Sebelum beli, selidiki dahulu jenis port yang digunakan.

Standard yang tidak sama itu berlaku di peringkat global dan setiap benua menggunakan jenis port berbeza.

Volvo Cars nampaknya sudah menemui penyelesaian untuk menangani cabaran tersebut dan pengeluar Eropah pertama menandatangani perjanjian dengan Tesla.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Tesla Supercharger
Gambar ihsan Tesla

 

Bermula 2025, kenderaan Volvo akan dilengkapi port pengecasan North American Charging Standard (NACS).

Ini bermakna kenderaan Volvo boleh menggunakan 12,000 pengecas Supercharger Tesla di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico.

Pemilik model elektrik seperti XC40, C40 Recharge, EX30 dan EX30 boleh mencari lokasi pengecasan menggunakan aplikasi Volvo Cars.

 

Volvo EX90

 

Kenderaan Volvo yang tidak dilengkapi port NACS boleh menggunakan penyesuai (adapter) bermula dari setengah tahun pertama 2024.

Pemilik kenderaan Volvo yang dilengkapi port NACS dan mahu terus menggunakan pengecas Combined Charging System (CCS) pula disediakan penyesuai oleh Volvo Cars.

Senang bukan? Melalui aplikasi Volvo Cars, pemilik kenderaan Volvo di Amerika Syarikat dan Kanada menikmati pelbagai kemudahan.

 

Volvo C40 Recharge 2023

 

Selain lokasi pengecasan, mereka juga boleh mencari pengecas yang tersedia dalam masa nyata (real time) dan membuat bayaran melalui satu antara muka.

Isu kepelbagaian port pengecas memang menarik dan sebagai penyedap hati, EV pasaran AS mustahil dibawa masuk ke pasaran tempatan.

Cumanya, EV untuk pasaran Jepun ada dibawa ke negara kita. Apa pun, kenal pasti dahulu jenis port pengecas sebelum membeli EV.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Volvo XC40 Recharge 2023

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…