Produksi enjin diesel Volvo kini berakhir buat selamanya

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Seperti yang diumumkan tahun lalu, Volvo kini secara rasminya tidak akan menghasilkan model kereta baharu bernadikan enjin diesel.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin tersebut dipasang di kilangnya di Torslanda, Sweden sekaligus mengakhiri era selama 45 tahun.

Bagi mengenang XC90 terakhir bersama enjin diesel tersebut, unit terakhir khusus itu akan dipamerkan di muzium World of Volvo, Gothenburg.

Sejarah enjin diesel pada rangkaian model Volvo bermula dengan model 244 GL D6, namun ianya tidak dikuasakan dengan enjin yang dihasilkan Volvo.

Sebaliknya, ia dikuasakan oleh unit enjin enam silinder NA yang dipinjam daripada Volkswagen dan Audi.

 

2

 

Sehingga tahun 2001, Volvo memperkenalkan enjin diesel buatannya sendiri, iaitu enjin lima silinder yang dipasang di kilangnya di Skövde.

Perancangan untuk menamatkan pembangunan enjin diesel oleh Volvo telah diumumkan sejak tahun 2017 dan kini, legasi enjin diesel telah hilang sepenuhnya dari rangkaian model Volvo.

Bergerak mengikut peredaran zaman, langkah seterusnya yang sudah boleh dijangka ialah menamatkan sepenuhnya pengeluaran kenderaan yang dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman (ICE).

Volvo merupakan antara pembuat kereta yang bertindak untuk mengalihkan tumpuannya kepada elektrifikasi, di mana tahun 2023 menyaksikan jualan EVnya meningkat 70 peratus, dan bahagian pasaran elektrik globalnya meningkat sebanyak 34 peratus.

Seperti kebanyakan syarikat lain Volvo berharap untuk menjadi syarikat EV sepenuhnya, dan mencapai sasaran sifar pelepasan menjelang tahun 2040.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…
Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…