F1: Fernando Alonso sertai Aston Martin, ganti tempat Sebastien Vettel bermula musim 2023

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu perkembangan yang mengejutkan, veteran F1 Fernando Alonso dilapor akan menyertai pasukan Aston Martin bermula musim 2023 menggantikan Sebastian Vettel yang mengumumkan persaraannya pada akhir musim ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Aston Martin mengesahkan berita tersebut dengan menjelaskan pelumba Alpine itu telah menandatangani perjanjian untuk berlumba di dalam pasukan tersebut.

Dengan memperoleh Fernando Alonso, Aston Martin mendakwa niat mereka jelas untuk membangunkan pasukan yang mampu memenangi F1.
 

F1


"Pasukan Aston Martin jelas menggunakan tenaga dan komitmen mereka untuk menang, dan oleh itu ia adalah salah satu pasukan yang paling menarik di dalam Formula One," jelas Alonso yang akan berganding dengan Lance Stroll bermula tahun depan.

"Saya telah mengenali Lawrence (pemilik pasukan F1 Aston Martin) dan Lance sejak bertahun-tahun, dan amat jelas mereka mempunyai cita-cita dan semangat untuk berjaya di dalam F1.

Sumber: Skysports

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terletak di Asturias, utara Sepanyol, Muzium Fernando Alonso itu sedang dalam proses membesarkan…
Sukan Bermotor
Pelumba berusia 39 tahun itu meninggalkan sukan Formula One pada hujung tahun 2018 selepas…
Berita Global
Jika anda ketinggalan bas, tidak mengapa kerana Fernando Alonso sebenarnya merupakan pemandu…