F1 - Porsche, Red Bull tidak jadi bersatu

oleh Mohamad Hanif|
Awal bulan Mei, terdapat laporan yang mengesahkan Porsche dan Audi akan menyertai sukan berprestij Formula 1 bermula musim 2026, di mana set peraturan baharu akan berkuat-kuasa pada masa yang sama.

Terdapat ura-ura Porsche sedang berbincang dengan pasukan Red Bull untuk penyertaan di dalam sukan F1, namun Porsche dalam satu kenyataan mengesahkan perbincangan antara kedua-dua belah pihak tidak membuahkan sebarang hasil.

Porsche pada mulanya mahukan kerjasama antara kedua-dua belah pihak terbentuk sama rata, dan pengeluar itu tidak mahu sekadar menjadi pembekal enjin semata-mata.

Menurut bos pasukan F1 Red Bull, Christian Horner menegaskan pasukan itu seharusnya mengekalkan statusnya sebagai pasukan bebas.

Ketika perlumbaan F1 di Zandvoort minggu lalu, beliau berkata, "pasukan ini merupakan aset pemasaran terbesar di peringkat global untuk Red Bull, kenapa kami harus berkompromi secara strategik untuk jangka panjang?

"Kami kini berada di landasan yang menarik yang tidak bergantung kepada penglibatan atau pelaburan pihak luar sekiranya terdapat rakan strategik yang tepat.

Biarpun perjanjian dengan Red Bull tidak menjadi kenyataan, ia tidak mematahkan semangat Porsche.

"Dengan perubahan peraturan yang telah dimuktamadkan, siri perlumbaan itu kekal menjadi satu persekitaran menarik buat Porsche, di mana ia akan terus dipantau.

Sementara itu, Audi dilapor dengan berbincang dengan pasukan Sauber untuk menyertai F1 bermula dari tahun 2026.

Sumber: Motorsport.com

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jawapannya baru sahaja diumumkan dan Audi memilih Sauber sebagai rakan strategik dan merancang…
Berita Global
Sebagai sebahagian daripada kempen pemasaran, Honda telah memberikan juara dunia Max Verstappen…
Sukan Bermotor
Kemasukan jenama itu ke dalam F1 didorong oleh perubahan peraturan teknikal baharu yang akan mula…