Fasa 1 Lebuhraya SUKE bakal dibuka kepada umum kelak

oleh Mohamad Hanif|
SUKE atau nama penuhnya Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang merupakan satu projek yang dijalankan oleh Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) yang bakal dibuka kepada umum kelak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pembinaan lebuh raya ini bermula pada bulan Ogos 2016 dengan menelan belanja sebanyak RM5.7 bilion, dengan 55 tahun tempoh konsesi (bermula 25 Disember 2014, tamat 24 Disember 2069).
 

SUKE


Sehingga Ogos 2022, status kemajuan projek SUKE sepanjang 24.4 km bermula dari Seri Petaling ke Jalan Hulu Kelang itu sudah mencapai 98 peratus, dan fasa 1 lebuh raya ini sepanjang 16.6 km dijangka akan dibuka dalam masa terdekat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, jajaran fasa pertama SUKE akan membabitkan dua plaza tol (Bukit Teratai & Ampang) serta 11 persimpangan, dengan jangkaan 80,000 pengguna akan melalui SUKE sebagai alternatif kepada Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
 

SUKE


Tambahnya lagi, baki jajaran yang belum disempurnakan itu (Bandar Tasik Selatan - Taman Len Seng Cheras dan Alam Damai) akan diselesaikan menjelang suku pertama 2023.

Berikut merupakan beberapa info ringkas berkenaan lebuh raya SUKE:
 

SUKE


1. Jumlah jarak lebuh raya ini dari hujung ke hujung adalah sepanjang 24.4 km, namun secara keseluruhannya ia merangkumi jarak 57.7 km termasuk laluan tanjakan helikoidal dan 14 buah persimpangan.

2. Ia mempunyai tiga lorong dengan kelebaran 3.5 meter, serta laluan kecemasan selebar 3 meter, paling lebar berbanding lebuhraya di dalam Lembah Klang.
 

SUKE


3. Tiga plaza tol  
• Plaza Tol Bukit Teratai
• Plaza Tol Ampang
• Plaza Tol Alam Damai (struktur bertingkat yang menempatkan plaza tol tertinggi, dalam pembinaan)

4. 14 persimpangan  
• Sri Petaling
• Sungai Besi
• Alam Damai
• Cheras-Kajang
• Cheras-Hartamas
• Bukit Teratai
• Tasik Tambahan
• Permai
• Kosas
• Pekan Ampang
• Ampang Point
• Ulu Kelang
• Taman Hillview
• Bukit Antarabangsa
 

SUKE


5. Daripada jumlah keseluruhan jarak, hanya 10 peratus sahaja struktur berada di atas tanah, selebihnya bertingkat. Terdapat 2 hentian sebelah di Plaza Tol Alam Damai dan Plaza Tol Bukit Teratai, serta satu kawasan rehat & rawat (RSA Tasik Tambahan) yang bakal dibina.

6. Dijangka mengurangkan kesesakan trafik di laluan berikut
• MRR2 - 30 peratus
• Jalan Ampang - 36 peratus
• Jalan Loke Yew - 12 peratus

7. Jangkaan pengurangan masa perjalanan kepada 25 minit sahaja, berbanding 75 minit menggunakan jalan sedia ada.
 

SUKE


8. SUKE menghubungkan lebuh raya berikut
• Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
• Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (KL-Seremban)
• Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
• Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE)
• Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2)
• Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
• Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
• Lebuhraya Timur Lembah Klang (EKVE) (dalam pembinaan) akan datang.

9. Tidak sekadar membina lebuh raya, pihak PROLINTAS turut menjalankan enam inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti:
• Pembinaan semula kuarters dan balai polis trafik, IPD Ampang Jaya
• Penanaman semula 14,000 anak pokok hutan di kawasan seluas 11.33 hektar di Hutan Simpan Kekal Sungai Besi
• Pembinaan semula pejabat dan kuarters pekerja Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah and rumah Penghulu Ampang
• Penambahbaikan Surau Dato Ahmad Razali
• Penambahbaikan dan pelebaran Jalan Hulu Langat, Jalan Ampang (daripada 2
ke 3 lorong) dan sebahagian jalan di MRR2
 

SUKE


10. SUKE merupakan salah satu projek berimpak tinggi bermatlamat untuk mewujudkan kira-kira 10,000 peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang, merangkumi bidang pengurusan, kejuruteraan, teknikal, pembantu baris hadapan dan pekerja kontrak.

11. Pembinaan SUKE turut menerapkan Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang merangkumi penuaian air hujan serta pemasangan panel solar di kompleks bertingkat plaza tol Alam Damai.

12. SUKE menggunakan 100 peratus sistem pencahayaan lampu LED (3,377 unit), selain dilengkapi 40 CCTV, 22 telefon kecemasan, dan 22 sistem pengesanan kemalangan kenderaan (VIDS).
 

SUKE


13. Mempunyai struktur jejambat lebuh raya tertinggi (jejambat bertingkat galang kekotak bersegmen (SBG)) pada ketinggian 56.4 meter merentasi MRT Laluan Sungai Besi-Kajang dan Lebuhraya Cheras-Kajang

14. Tanjakan helikoidal pertama di Malaysia yang meraih rekod Malaysia Book of Records dan Anugerah Reka Bentuk Lebuh Raya Dinamik daripada LLM
 

SUKE


15. SUKE juga turut memasang penghadang bunyi di kedua-dua arah laluan sepanjang 18.69 km yang melalui 37 kawasan perumahan, institusi pendidikan, komersial, rumah ibadat, kuarters polis dan askar, serta LRT Ampang.

16. Pembinaan SUKE menggunakan pembiayaan patuh syariah 100 peratus.

 

antara pemandangan menarik yang anda boleh dapat dari SUKE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Persimpangan yang dibina secara bertingkat sepanjang 1.5 kilometer itu bakal menyediakan akses…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata suspek merupakan…
Berita Domestik
Bayaran tol yang dikenakan untuk setiap plaza tol Ampang dan Bukit Teratai adalah seperti berikut: