Persimpangan Bertingkat Alam Damai Lebuhraya SUKE dibuka 20 Oktober ini

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd hari ini mengumumkan pembukaan Persimpangan Bertingkat Alam Damai di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) kepada pengguna bermula 20 Oktober 2023, jam 12.01 tengah malam ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Persimpangan yang dibina secara bertingkat sepanjang 1.5 kilometer itu bakal menyediakan akses secara terus antara jajaran utama Lebuhraya SUKE dengan Jalan Alam Damai.

Di mana ianya bakal memberikan kemudahan laluan alternatif kepada pengguna dari arah Sri Petaling dan Ulu Kelang untuk ke kawasan Alam Damai dan sebaliknya.

Pembukaan persimpangan bertingkat itu dijangka dapat mengurangkan kesesakanlalu lintas di Alam Damai, Taman Connaught, Taman Len Seng, Taman Bukit Anggerik dan kawasan sekitarnya.

 

2

 

Ia juga membantu menambah baik sambungan ke beberapa lokasi strategik seperti Ampang, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Sungai Besi dan Bukit Jalil sebagai alternatif untuk Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) atau Jalan Loke Yew yang sering berlaku kesesakan pada waktu puncak.

Persimpangan Bertingkat Alam Damai itu merupakan bahagian yang terakhir dibuka di Lebuhraya SUKE, sekali gus menjadi pelengkap kepada keseluruhan jajaran Lebuhraya SUKE.

Sebagai rekod, Fasa 1 dan Fasa 2 Lebuhraya SUKE sepanjang 24.4 kilometer yang melibatkan jajaran utama dari Persimpangan Sri Petaling sehingga Persimpangan Bukit Antarabangsa telah dibuka kepada pengguna pada 16 September 2022 dan 16 Jun 2023.

Dengan pembukaan Persimpangan Bertingkat Alam Damai itu, kutipan tol di laluan susur keluar dan masuk baharu itu juga akan berkuatkuasa serentak.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pertukaran sistem lampu isyarat ini bertujuan menyurai kesesakan trafik memandangkan sistem lampu…
Berita Domestik
Ini adalah berikutan paras air yang semakin surut serta kerja-kerja pembersihan, pengalihan…
Berita Domestik
Setelah mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak polis dan agensi-agensi berkaitan, Persimpangan…