Poster teaser filem tersebut mendedahkan suatu cerita baharu yang akan menjadi permulaan kepada pengakhiran untuk francais Fast & Furious, filem kesepuluh itu bakal ditayangkan pada May 2023
Pada filem yang kesembilan atau Fast & Furious 9 (F9), terdapat banyak plot dan babak menarik yang membuka kepada jalan cerita baharu, terutama sekali tentang kewujudan seorang lagi adik Torreto iaitu Jacob dan Han yang hidup semula.
Dalam filem Fast X, kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak perkara baharu yang akan merancakkan lagi jalan cerita francais Fast & Furious.

Tentu sekali ramai peminat kecewa dengan babak-babak mengarut seperti semasa sebuah Pontiac Fiero yang dilancarkan ke angkasa lepas, dan tiada lagi babak-babak yang memfokuskan pada dunia perlumbaan jalanan.
Namun bagi penulis, kekecewaan itu dapat diubati dengan plot dan jalan cerita menarik yang tentu sekali tidak perlu ada logiknya untuk sebuah filem.
Apa yang menariknya lagi, filem kesepuluh francais itu bakal disertai oleh pelakon watak adiwira Capten Marvel iaitu Brie Larson dan pelakon watak Aquaman iaitu Jason Momoa.
Trailer pertama filem Fast X juga bakal didedahkan pada 10 Februari ini, francais Fast & Furious dijangka untuk berakhir pada filem kesebelas, jadi Fast X mungkin akan menjadi bahagian pertama kepada 2 filem terakhir.