Ferrari F1 2020 jentera bermasalah?

oleh SALINA JALIL|
Ferrari mungkin tidak kompetitif menjelang musim 2020 dengan laporan menyatakan keputusan awal data ujian terowong angin tidak memuaskan.


Media Jerman dan Itali melaporkan prestasi jentera Ferari 2020 di ujian terowong angin agak teruk daripada yang diharapkan dengan berlaku kekurangan di bahagian aerodinamik yang setakat ini masih belum dikenalpasti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Jentera Ferrari untuk musim baru dijangka akan dirasmikan di ibu pejabat Maranello oleh dua pemandunya, Sebastian Vettel dan Charles leclerc pada 11 Februari, seminggu sebelum berlangsungnya ujian pra musim di Barcelona.

 

Litar Catalunya akan menganjurkan siri ujian selama enam hari itu. Media Itali melaporkan ketika Ferrari bergelut dengan jenteranya, jentera Mercedes dilihat mempamer peningkatan lebih baik.

 

Jentera Ferrari 2019 dilihat agak laju tetapi sukar untuk difahami.

 

Ferrari hanya mampu meraih kemenangan pertama pada pertengahan musim selain mempamer peningkatan selepas melakukan perubahan pada aerodinamik.

 

 

Sumber: crash.net

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…