Ferrari mulakan kembali operasi pengeluaran di Maranello, Modena

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa minggu operasi pengeluaran dihentikan akibat pandemik COVID-19, Ferrari kini memulakan kembali produksi secara beransur-ansur setelah mendapat kebenaran beroperasi.

Kerajaan Itali kini membenarkan syarikat di sana untuk memulakan operasi pada 4 Mei (Isnin) dengan mematuhi syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan.

 


Bermula minggu ini, beberapa langkah keselamatan yang ketat telah dijalankan serta melatih pekerja dengan prosedur serba baharu sebelum memulakan operasi penuh pada Jumaat, 8 Mei ini menerusi program "Back on Track".

Ferrari juga turut sama memeriksa kesemua 4,000 orang pekerja dengan menjalani ujian darah bagi mengesan kehadiran antibodi coronavirus secara sukarela.

 


Sebelum ini, Ferrari mengambil insiatif menghasilkan komponen injap alat bantuan pernafasan bagi membantu pesakit COVID-19 yang menderita kegagalan sistem pernafasan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari Benedetto Vigna yakin bahawa Ferrari boleh terus menjual kereta…
Berita Domestik
Ital Auto Malaysia merupakan anak syarikat kepada Ital Auto Pte Ltd, yang juga merupakan pengimport…
Berita Domestik
Baru-baru ini, terdapat laporan bahawa sebuah syarikat milik jutawan kelahiran Ipoh, Ong Beng Seng…