Ferrari perkenal program lanjutan jaminan LaFerrari Power

oleh Mohamad Hanif|
Khusus buat para pemilik Ferrari LaFerrari (termasuk Ferrari LaFerrari Aperta), syarikat pengeluar supercar pantas itu kini memperkenalkan lanjutan jaminan LaFerrari Power serta program servis berkala pertama yang pertama seumpamanya untuk barisan model edisi terhad itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkhidmatan LaFerrari Power ini merupakan program bertempoh dua tahun yang boleh diaktifkan di mana-mana pengedar sah Ferrari, serta boleh diperbaharui semula sekiranya telah tamat tempoh.

Ia menawarkan lanjutan jaminan pengilang terhadap sistem hibrid F1 HY-KERS, serta bateri bervoltan tinggi yang dilengkapkan pada model hibrid pertama Prancing Horse itu.

LaFerrari Power juga turut merangkumi program penyelenggaran berkala tahunan yang akan dikendalikan oleh juruteknik bertauliah Maranello, dimana setiap LaFerrari akan diperiksa dan diselenggara untuk memastikan supercar hybrid itu berada di tahap yang optimum.

Pelancaran program LaFerrari Power ini adalah bertepatan dengan ulang tahun yang ke-10 pengenalan program Genuine Mantenance yang menawarkan servis penyelenggaraan berkala sehingga tempoh tujuh tahun selepas tarikh pembelian.

Program baharu ini turut menggambarkan komitmen Ferrari untuk memastikan ketenangan minda setiap pemilik selain menetapkan satu penanda aras yang tersendiri di dalam aspek khidmat pelanggan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kalaulah pengeluar Malaysia mengikut format penamaan ini, ia mungkin akan menjadi Proton yang…