Ferrari SP-8 – model one-off dengan elemen supercar klasik F40, Testarossa

oleh Mohamad Hanif|
Ada banyak duit tapi tak tahu nak buat apa?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hubungi divisyen projek khas Ferrari, dan syarikat itu akan menghasilkan sebuah supercar binaan sekali (one-off) dengan ciri yang tidak terdapat pada mana-mana Ferrari dalam dunia ini.

Ferrari SP-8 secara asasnya merupakan sebuah Ferrari F8 Spider di mana mekanisme bumbung boleh lipat telah dibuang terus untuk menjadikannya sebuah roadster sejati.
 

Sp=8


Terdapat beberapa komponen telah dibina baharu, seperti contoh unit lampu utama dengan ‘topeng’ yang unik, diikuti dengan rim gaya retro yang diinspirasikan daripada roda Ferrari F40.

Cermin penghadang angin dan tip ekzos diambil daripada model Ferrari 296 GTB, sementara unit lampu belakang pula daripada Ferrari Roma.

Bahagian penutup enjin pula menampilkan liang membujur yang diinspirasikan daripada model klasik Testarossa.
 

SP8


Untuk ruang kabin pula, Ferrari SP-8 membawakan kemasan fabrik yang digandingkan dengan Navy Blue Alcantara, sementara karpet lantai pula diperbuat daripada kain kepar.

Ferrari masih mengekalkan nadi bentangan V8 3.9 liter turbo berkembar yang mampu menjana kuasa setinggi 710 hp dan 770 Nm, yang memacu roda belakang tanpa sebarang talaan khusus.

Model binaan sekali ini sedang dipamerkan di litar Mugello, Itali sehinggalah acara Finali Mondiali Ferrari 2023 berakhir pada 30 Oktober ini.

Setelah itu, ia akan dibawa ke Muzium Ferrari di Maranello bermula 16 November hingga Mac 2024.
 

SP8


Untuk makluman, Ferrari SP-8 ini dimiliki oleh seorang pelanggan Ferrari kaya-raya yang berasal dari Taiwan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bugatti Chiron Super Sport Golden Era hadir dengan ciri unik di mana ia menampilkan 45 lakaran…
Berita Global
Menggunakan asas daripada jentera lumba 488 GT3 Evo, KC23 membawakan garis badan dan rekaan yang…