Ferrari termasyhur berkumpul sempena sambutan ulangtahun

oleh ONNY IZWAN|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ferrari Cavalcade Classiche - satu-satunya peristiwa dimana model-model eksotik jenama Ferrari dari 20 buah negara berkumpul di satu tempat. Ini bersempena sambutan ulangtahun ke 70 syarikat itu.

Maranello

Berlangsung pada 5 ke 9 Mei di Tuscany, Itali, sebuah majlis eksklusif telah menemukan pemilik-pemilik kereta Ferrari klasik dari seluruh pelusuk dunia (terutamanya Amerika Syarikat, Jepun, Eropah dan Asia Tenggara) di pusat peranginan Forte dei Marmi.

Sepanjang upacara itu, para pemilik Ferrari ini telah dapat menikmati yang terbaik dari budaya Itali seperti jenis makanan, sejarah dan seni yang terkenal dengan negara Itali.

Ferraris1

Bermula dari pantai Versilia, mereka berpeluang untuk memandu disekitar Tuscany, sambil menikmati permandangan cantik di bandar-bandar seperti Pisa, Lucca dan Modena.

Mereka juga sempat sampai ke perkampungan nelayan Lerici, serta pekan-pekan bersejarah seperti Pietrasanta, melalui jalan pergunungan Apuan Alps dan Apennines, dan diakhiri di Maranello untuk menonton pertunjukkan fesyen di kilang Ferrari.

Ferrarired

Di Maranello pula mereka sangat beruntung kerana dapat memandu di litar rasmi Ferrari iaitu Fiorano, yang dibuka sejak 1972.

Ferraricrowd

Majlis makan malam diadakan di barisan pemasangan enjin 8 silinder, suatu lokasi yang amat menarik untuk peminat-peminat Ferrari.

Ferrari city

Antara model-model Ferrari yang mengambil bahagian dalam upacara ini ialah 340 Mille Miglia, 250 SWB, 250 Le Mans, 250 Tour de France, 500 TR dan 860 Monza.

SaveSave

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…