Filem pendek berdurasi 90 saat yang bertajuk ‘Generasi Tukar’ (Tukar Generation) itu telah menampilkan barisan pelakon murid sekolah berumur antara 7 hingga 9 tahun.
Di mana mereka telah berkongsi tentang impian dan perubahan luar biasa yang diharapkan untuk dilaksanakan tanpa mengira bangsa ataupun latar belakang.
Filem pendek yang menggunakan Bahasa Melayu, Tamil, Mandarin dan dialek Sarawak itu menyampaikan mesej bahawa tiada impian yang terlalu kecil atau terlalu besar, dan perubahan yang besar tidak akan berlaku tanpa sebuah perjalanan bermakna.
CEO myTukar, Derrick Eng berkata, “Kami ingin mengingatkan warga Malaysia yang kita semua pernah bercita-cita besar ketika zaman kanak-kanak kita, dan kita boleh terus berpegang pada impian besar ini dan berubah.”
“Ketika di awal penubuhan myTukar, kami bercita-cita untuk mengubah pengalaman menjual dan membeli kereta terpakai untuk para pelanggan.”
“Dengan berbekalkan satu visi untuk menggiatkan semula industri kereta terpakai, kami kini memacu
perubahan yang telah membantu mempertingkatkan industri kereta terpakai.”
“Filem ini adalah sepucuk surat cinta yang didedikasikan kepada seluruh warga Malaysia dan kami berharap agar mesej filem ini akan memberikan inspirasi khususnya kepada mereka yang berusaha untuk membuat perubahan dalam komuniti masing-masing.”
Filem pendek tersebut kini boleh ditonton di saluran YouTube, Instagram dan Facebook myTukar.