Berdasarkan laporan daripada The Wall Street Journal, Ford terpaksa mengangguhkan sementara penghantaran bagi sesetengah model kenderaan disebabkan mereka tidak mempunyai bekalan lencana yang cukup, selain emblem plet nama yang dikhususkan untuk model-model tertentu.
Menurut sumber yang enggan dikenali, masalah ini memberikan kesan kepada model yang penting seperti trak pikap F-Series.
Ford dilapor cuba untuk menggunakan cara alternatif dengan menghasilkan emblem dan lencana menggunakan teknik percetakan 3D, namun idea tersebut dihentikan memandangkan hasil akhir tidak begitu berkualiti untuk digunakan.
Isnin lalu, pengeluar itu menjangkakan kira-kira 40,000 hingga 45,000 unit kenderaan tidak dapat diedarkan pada akhir suku ketiga disebabkan masalah kelewatan komponen.
Sumber: The Wall Street Journal