Ranger rampas takhta Hilux sebagai kenderaan paling popular di Australia

oleh HEZERI SAMSURI|
Ford Ranger menjadi kenderaan paling popular di Australia untuk tahun 2023, mengalahkan Toyota Hilux yang memegang gelaran itu selama enam tahun berturut-turut.

Sebanyak 63,356 unit Ranger terjual tahun lalu, berbanding dengan Hilux yang berjaya menjual sebanyak 61,111 unit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak 31,202 unit.

Di tangga keempat ialah Toyota RAV-4 dengan jualan sebanyak 29,627 unit dan diikuti oleh MG ZS (29,258) dan Tesla Model Y (28,769).

Tahun 2023 juga melihat jualan kenderaan tertinggi di Australia - lebih dari 1.2 juta unit. 

Sebelum itu, rekod jualan tertinggi pernah dilihat ialah dalam tahun 2017 di mana 1.189 juta kenderaan terjual.

Sebanyak 1,216,780 unit kenderaan telah dijual dalam tahun 2023, peningkatan 12.5 peratus berbanding tahun 2022.

Walaupun Ford Ranger menjadi kenderaan paling popular, Toyota tetap menjadi jenama nombor satu dengan jualan keseluruhan tertinggi di Australia selama 21 tahun berturut-turut.

Selain dari itu, di bawah ialah fakta-fakta menarik jualan kenderaan Australia sepanjang tahun 2023:

  • Jualan EV meningkat kepada 87,000 unit atau 7.2 peratus jumlah keseluruhan jualan kenderaan Australia.
  • Jualan kenderaan elektrifikasi (EV, PHEV dan hibrid) mencecah hampir 200,000 unit atau 16.2 peratus jumlah keseluruhan jualan kenderaan.
  • Tesla muncul dalam senarai 10 kenderaan paling popular di Australia, dengan jumlah jualan terkumpul sebanyak 46,000 untuk Model Y dan Model 3.
  • China menjadi negara pengeksport kenderaan ketiga paling popular di Australia, selepas Jepun dan Thailand.

Berita lengkap di CarSales.

 

 

 


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Uncategorized
Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang…