Bermula dari jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang. Ranger Training Experience merupakan sesi berpandu yang akan dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman di dalam menguasai jalan kerikil dan off-road.
Acara ini dianjurkan oleh Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) sebagai sebahagian daripada program Ford Ranger Getaways, bertujuan untuk menyediakan satu cara menarik kepada para pemilik belajar dan meneroka keupayaan sebenar Ranger/Ranger Raptor masing-masing.
Antara yang bakal diajar termasuklah teknik kawalan stereng, skill memandu 4x4 merentasi rintangan dan halangan yang disediakan, serta teknik pemanduan drift berkelajuan tinggi.
Pada penghujung sesi, para peserta akan diberikan sijil sebagai bukti penyertaan.
Tempahan dan pembayaran untuk Ranger Training Experience boleh dibuat menerusi platform Ford Ranger Getaways di laman web SDAC-Ford Malaysia.
Pemilik Ford Ranger generasi baharu yang masih lagi belum menebus diskaun 30 peratus Ford Ranger Getaways boeh menggunakan kad keistimewaan Inner Circle mereka untuk menyertai latihan off-road ini.