Menurut kenyataan terbaharu, kira-kira 30,000 orang pekerja yang ditukarkan shif untuk bekerja dari rumah akan dibenarkan untuk terus berbuat demikian dan ia hanya terpakai kepada pekerja pejabat sahaja, dan tidak terpakai kepada pekerja di kilang pemasangan.
Ford kini mempunyai sehingga 186,000 orang pekerja di seluruh dunia, di mana 30,000 orang daripadanya memegang jawatan kolar putih seperti sumber manusia, teknologi informasi dan perakaunan.
Semenjak pandemik bermula pada tahun lalu, Ford telah mengosongkan ibu pejabatnya di Dearborn, Michigan, dan keadaan ini akan berterusan sehingga sekurang-kurangnya musim panas ini.
"Kami menjangkakan kepulangan semula sebilangan pekerja pada permulaan Julai ini dengan jumlah kapasiti yang dikurangkan bagi memastikan penjarakan sosial," jelas wakil jurucakap Ford.
Sumber: CBS