Baru-baru ini, laman web The Bronco Nation telah berjaya mengesan kelibat Ford Bronco Raptor 2023 yang masih lagi memakai pelekat samaran sedang diuji di laluan off-road yang tidak didedahkan lokasinya.
Tidak seperti penawaran varian Bronco sedia ada, versi Raptor membawakan pakej prestasi off-road yang lebih serius, dimulakan dengan kit badan yang lebih lebar, tayar off-road 37 inci dan sudah semestinya sistem suspensi yang lebih tahan lasak.
Ahli baharu Raptor ini dikatakan bakal mendapat nadi EcoBoost V6 yang mampu menghasilkan 310 kuasa kuda dan 532 Nm, dengan padanan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan.
Turut dikesan pemasangan gril depan yang lebih agresif dan menampilkan lampu pelepasan berwarna ambar yang menjadikan penampilan Bronco Raptor ini lebih bergaya.
Ford Bronco Raptor 2023 dijangka muncul secara rasmi pada pertengahan tahun hadapan.
Sumber: The Bronco Nation