Ford sedang mempelopori satu kajian baharu mengenai otak yang mampu mengesan dengan lebih cepat dan tepat apabila pemandu mula terlelap atau setara dengannya.
Fungsi peringatan dengan lebih awal dapat memberi manfaat buat pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya lain.
Di dalam kajian baharu ini Ford bekerjasama dengan saintis saraf bagi mengenal pasti respon otak pada bahagian fokus yang terganggu.
Bahagian tersebut memungkinkan pemadanan pada tanda-tanda fizikal seperti perubahan degupan jantung atau pernafasan.
Apabila kehilangan fokus semakin jelas sebagai contoh perubahan pada degupan jantung, teknologi pada kenderaan menjalankan tugasnya dengan memberi peringatan pada pemandu.
Corak tersebut boleh dikesan melalui peranti seperti jam pintar yang dipakai dengan menghantar isyarat agar pemandu dapat melalukan tindakan susulan.
Berikut ialah perincian tentang kajian ini:
- Kajian pemetaan corak otak (mapping brain patterns) mengikut reaksi pemandu dibuat bersama hospital universiti Uniklinik RWTH Aachen di Jerman.
- Ujian melibatkan peserta melakukan simulasi pemanduan dan pada masa yang sama aktiviti otak mereka diimbas menggunakan mesin MRI.
- Sebuah cermin khas dipasang bagi peserta melihat simulasi tersebut pada skrin.
- Senario pemanduan direka menggunakan teknologi permainan (gaming) di lebuh raya tiga lorong pada waktu malam.
- Semasa memandu, sebuah kenderaan di lorong tengah membrek secara mengejut dan peserta perlu mengalihkan kereta ke kanan atau ke kiri menggunakan peranti di tangan.
- Peserta juga didengarkan dengan bunyi enjin sebagai tanda lorong mana yang selamat untuk beralih.
Mesin MRI melakukan imbasan pada otak sebelum dan semasa kejadian dan penyelidik akan mengukur berapa cepat peserta bertindak dan sama ada mereka mengambil tindakan yang betul.
Pengawasan juga dibuat pada perubahan degupan jantung, kadar pernafasan dan fisiologi.
Secara kesimpulannya, skop yang dikaji lebih meluas daripada sekarang.
Teknologi sedia ada melihat kepada corak pemanduan dan pengimbasan wajah.
Ford mahu pergi lebih jauh dengan mengkaji corak otak dan juga degupan jantung dan pernafasan!
Penulis: Muhammad Md Tajudin