Ford daftar paten bateri sandaran pasang atas bumbung

oleh Mohamad Hanif|
Tidak seperti negara maju, terdapat beberapa negara yang masih lagi mengalami masalah kekurangan infrastruktur pengecasan terutama di kawasan luar bandar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ford cuba untuk menyelesaikan masalah kebimbangan jarak yang dialami oleh kebanyakan pemilik EV dengan satu solusi - bateri sandaran yang boleh dipasang pada bahagian atas bumbung kereta.

Pendaftaran paten tersebut pertama kali dikesanoleh RDale dalam forum Lightning Owners, di mana bateri sandaran tersebut dilihat menyerupai bentuk kotak bumbung konvensional Thule.
 

bateri


Sementara bahagian belakang kotak itu menempatkan slot untuk sambungan kabel pengecasan.

Menariknya, bateri sandaran tersebut boleh dipasang sebelum memulakan perjalanan dan dicabut semula selepas kembali ke rumah.

Ia turut menampilkan rekaan liang udara pada kedua-dua belah sisi untuk tujuan penyejukan, dan dalam masa yang sama boleh dipasangkan dengan injap yang mampu menghalang kemasukan air dan bendasing yang boleh merosakkan bateri.
 

bateri


Tidak diketahui berapakah kapasiti dan berat bateri sandaran yang boleh dimuatkan pada atas bumbung, dan seperti yang semua maklum kebanyakan rak bumbung mempunyai had muatan tertentu baik dalam keadaan statik mahupun semasa pemanduan dibuat.

Tambahan pula, bateri lithium-ion kebanyakannya agak berat dan kenderaan yang mempunyai muatan berat lebih cenderung untuk terbalik terutama pada kelajuan yang tinggi.

Apapun, ia merupakan satu konsep yang agak menarik di mana EV kini boleh membawa bank kuasa sendiri yang bukannya dalam bentuk sebuah trailer.
 

EV


Sumber: Lightning Owners

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…