Ford dan Hertz Malaysia taja sewaan Ranger XL untuk travelog ‘Farm to Farm to Food’

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pengedar sulung Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) dan Sime Darby Rent-A-Car (SDRAC)–Hertz Malaysia baru-baru ini telah menyerahkan Ranger XL generasi baharu kepada SEEDS Malaysia sebagai sokongan untuk siri travelog 'Farm to Farm to Food'.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Travelog itu bertujuan untuk mempromosikan agropelancongan, yang semakin popular di Malaysia, dengan
tumpuan kepada pertanian semula jadi.

Ianya merupakan pendekatan pertanian mampan dan mesra alam yang telah mendapat perhatian dan minat ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Juga dikenali sebagai pertanian ekologi, pertanian semulajadi melibatkan kerja secara harmoni dengan alam semula jadi.

Ia turut membantu meminimumkan penggunaan input sintetik memberi tumpuan kepada memperbaiki kesihatan tanah, biodiversiti serta daya tahan ekosistem keseluruhan.

 

2

 

Ranger XL itu bakal menjadi mod pengangkutan utama untuk ahli pasukan SEEDS Malaysia semasa mereka memulakan lawatan ke ladang untuk menghasilkan konten travelog tersebut.

Ranger XL itu akan membantu ahli pasukan SEEDS Malaysia untuk mengharungi perjalanan off-road dengan rupa bumi mencabar ke lokasi ladang yang terpencil.

Jelajah itu dijadualkan bermula di Sarawak pada penghujung Julai menjelang Sarawak Agrotourism Conference & Expo (SAtCE),yang akan berlangsung pada 28-30 Ogos 2023 di Pusat Persidangan Borneo Kuching.

Lawatan ladang akan disambung semula pada bulan September ke lokasi seterusnya di Sabah dan Brunei sebelum menuju ke Selatan dan Utara Semenanjung Malaysia menjelang hujung tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada 2023, SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi dengan 8,858 unit Ford Ranger dan…
Berita Domestik
Ia merupakan sebuah program yang menawarkan model-model kenderaan Ford terpakai yang mendapat…
Berita Domestik
Semenjak diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada tahun 2022, Generasi baharu Ranger dan Ranger…