Ford, GE Healthcare sasar produksi 50,000 unit ventilator dalam masa 100 hari

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu perkembangan terkini dari negara Uncle Sam, Ford dan GE Healthcare mengumumkan kolaborasi untuk memulakan produksi ventilator bermula 20 April 2020.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Mengikut perancangan, Ford mensasarkan penghasilan sehingga 50,000 unit ventilator dalam masa 100 hari berakhir pada 4 Julai 2020.

 


Ventilator tersebut akan diproduksikan di kilang Rawsonville, Ypsilanti di mana ia akan melibatkan kira-kira 500 orang pekerja United Auto Worker dan bakal beroperasi selama 24 jam sehari bagi mencapai target yang ditetapkan.

Malah, Ford turut berazam untuk menyiapkan 1,500 unit pertama ventilator pada akhir April ini.

Pengumuman terbaharu ini dibuat selepas berita General Motors berkolaborasi dengan Ventec Life Systems untuk menghasilkan sehingga 10,000 unit ventilator pada kapasiti produksi penuh.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…
Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…